Sebagai sebuah Hospital amal dan bukan berorientasikan keuntungan, kami menyediakan perkhidmatan kebajikan sebagai kesinambungan komitmen kami terhadap golongan miskin dan memerlukan. Berlandaskan legasi penjagaan penuh ihsan yang telah lama menjadi sebahagian daripada Hospital, kami sehingga kini masih menyediakan rawatan perubatan secara percuma serta pengurangan caj kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan.


HOSPITAL LAM WAH EE adalah sebuah pertubuhan amal yang ditubuhkan pada tahun 1883.

Kami memberi bantuan kebajikan kepada pesakit yang tidak berkemampuan mendapat:
1.    Rawatan Perubatan
2.   Pembedahan Jantung
3.   Rawatan Kanser

Bantuan kebajikan diberi secara potongan kos rawatan atau rawatan percuma.

Proses permohonan kebajikan diurus sepenuhnya oleh Pejabat Kebajikan di Hospital Lam Wah Ee.


Syarat-syarat permohonan Bantuan Kebajikan

1.   Warganegara Malaysia
2.   Pesakit yang menerima rawatan di Hospital Lam Wah Ee sahaja
3.   Pesakit di wad biasa


Cara permohonan Bantuan Kebajikan

1.    Borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat Kebajikan Hospital Lam Wah Ee

2.   Pemohon / pesakit dan ahli keluarga terdekat dikehendaki mengemukakan pendapatan / perbelanjaan masing-masing dan besertakan dokumen-dokumen berikut:-
salinan kad pengenalan, sijil kelahiran sekiranya ahli keluarga itu di bawah umur 12, penyata gaji atau surat pengesahan daripada pihak majikan, taksiran pendapatan LHDN dan lain-lain dokumen sokongan yang berkenaan.

3.   Pegawai Kebajikan kami akan menyiasat latar belakang pesakit /pemohon selepas menerima borang permohonan.

4.   Keputusan permohonan akan di tentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif Hospital Lam Wah Ee.

5.   Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pesakit, doktor yang berkenaan dan Jabatan Kewangan Hospital.


Waktu urusan

Hari Isnin, Selasa & Khamis:
9 pagi - 5.30 petang
Hari Rabu & Jumaat :
9 pagi - 6 malam

Hari Sabtu:
9 pagi - 1.30 petang

Hari Ahad / Cuti Umum: Ditutup

+604-652 8908 /+604-652 8909

[email protected]

 

 

CONTACT

OUR LOCATION
141, Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, 11600, Pulau Pinang, Malaysia
+604 - 652 8888
↑