Pakar Anestesiologi pakar dalam pemberian agen anestetik. Sifat tugas mereka selalunya melibatkan penjagaan pesakit yang tidak sedarkan diri dan pesakit yang menggunakan pelbagai sistem sokongan hayat. Oleh kerana itu, Pakar Perunding Anestesiologi selalunya merupakan ahli yang sangat penting dalam pasukan rawatan rapi.
Bidang lain yang sangat penting adalah dalam bidang pengurusan kesakitan. Pakar Perunding Anestesiologi menggunakan pengetahuan terperinci mereka untuk memberikan pelbagai ubat, yang boleh mempengaruhi saraf untuk mengawal kesakitan.